Hari ni 05 Ogos 2022..
tak banyak nak tulis just nak bagi hidup blog yang dah lama sepi ~
tak banyak juga perubahan
just enjoy my marriage life as a wife & mom (:
Assalamualaikum, islam agama yang indah seindah ciptaan Yang Maha Esa . hidup ini akan ku serahkan sepenuhnya kepada NYA ~ LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA
Friday, 5 August 2022
Masih Bernyawa ~
Sunday, 16 March 2014
Ku Jemput Jodoh Ku'
apabila cinta mempertemukan jiwa di alam ketinggian
perpisahan di alam dunia adalah seksaan jiwa untuk para pencinta
apabila mata tidak saling memandang
jiwa ini dan jiwa itu pasti terseksa rindu
kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati
sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan
tidak dapat dirasakan
gunung yang tinggi menjulang terasa rendah
langit yang luas terbentang terasa sempit
apa yang ada hanya bayangan wajahnya
aku sudah dewasa
aku pasti mampu menerimanya
aku yakin aku mampu menghadapinya
sepahit mana pun aku telan
akan ku jadikan penawar yang menyembuhkan
tidakkah di dunia ini, ada orang yang lebih menderita daripada pencinta
walaupun cinta itu manis rasanya
kamu melihat dia selalu menangis pada setiap keadaan
kerana takut berpisah ataupun kerana rindu
dia menangis sekiranya mereka jauh
kerana didera kerinduan
dia menangis pula semasa berdekatan
kerana dia takutkan perpisahan
air matanya mengalir saat bertemu
air matanya mengalir saat berpisah
*fi hifzillah
Monday, 10 March 2014
Hati Berbicara
mungkin ku tak bisa menyatakan
apa yang terlintas di benak ku
bukan kerana aku tak mencinta
cuma kerana aku tak mampu
tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada dalam hatiku
kerana dalam hatiku
selalu ada kamu
Tuhan tolonglah aku
kerna aku takut kehilangan dia
kerana aku takut dia kan pergi
meninggalkan aku sendiri di sini
kerna aku mentah dengan duniawi
aku mohon
Tuhan tunjukkan lah
apa yang terukir dalam hatinya
kerna dia kekuatan ku
dia pembakar semangat ku
untuk terus bangun melangkah ke hadapan
menghadap cabaran yang sedia menunggu
ya Rabbi
KAU simpan lah dia dalam hatiku
sesungguhnya dia akan menjadi penawar buat suka duka ku kelak
amin ~
datangnya ia dari hatibuat orang yang dicintaibicara ini bicara hatibukan saja bersuka sukitapi ikhlas dari hati sanubari
Cinta Hati
Assalamualaikum
happy day today
haha bakal imam (in sha Allah) dah berjinak-jinak dengan blog
kelakar haha kata-kata nasyat (adik aku) pun dia wak masuk
btw, blog dia cun sih (jeles pun ada) :D
i bertambah sayang dekat u lahhhhh dear
*eh tetiba lak :o haha
biaq laaaaaa wey
macam aku dulu-dulu lah
1st time dapat create blog
gila baqhangggg
tak hadap natang lain dah
i hope my dear can be blogger yang hebat
acecehhh :3
haha
b.i teqaboq kot jalan dah
perasan tak harini kan
aku asyik post pasal haikal syakir ja
perasan tak perasan tak
*tak pun :3
hahaha
(eh biaq la kannn)
bismillahirrahmanirrahim
fi hifzillah PutraHaikalSyakir bin Jafry
budak gemok :3
Sunday, 9 March 2014
10.03.2014
Assalamulaikum
selamat soreyy haha
act harini happy selepas baca blog bakal imam
kelakar doe blog dia haha
ada patut mention nama AFIF
tak patut betul
malu ah cerita pasal aku kuat nangehhh
sangat tak patutttt
hmm,
tak tahu pun nak create natang apa harinii
kelas habis awal so lepak sorang-sorang dalam lab
lawa jugak blog putra kihkih :3
err tak mau cakap banyak-banyak
blurrr
btw, prayForMH370
#missPUTRAHAIKAL (budak gemok)
assalamualaikum rindu ~
Tuesday, 4 March 2014
- Dirimu bagaikan
- sebuah lukisan
- penuh warna
- penuh seni
- tak layak ku miliki
- jangan kau berpura
- engkau juga sama
- membuat aku berasa tenang
- hatiku kau miliki
- dengarlah gurindam
- inilah lagu cintaku padamu
- andainya ku hilang
- biarlah laguku menjadi temanmu
- diantara kita
- suka sama suka
- aku pasti kau punya hati
- ingin bersama jua
Sunday, 8 December 2013
dimanakah redha ?
Seseorang bertanya bagaimanakah beliau dapat mencari kebahagiaan yang hakiki dalam menghadapi hidup yang mencabar. Apakah itu sakinah dalam kehidupan?
Sebenarnya, saya sendiri gerun untuk menjawabnya kerana ketenangan dan ketenteraman jiwa yang sebenar tidak boleh sesiapa pun berikan melainkan hanya Allah. Hanya insan-insan yang benar-benar mendampingi diri kepada Allah akan menikmatinya. Saya juga seperti yang bertanya, berusaha mencari dan ingin memperolehinya.
Saya merenung kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:
“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.
Penawar
Itulah penawar bagi jantung hati insan. Itu ubat bagi nurani insan. Dunia dan segala isinya tidak akan dapat membawa kebahagiaan ke dalam sanubari insani, jika insan itu tidak mengenali Allah, mendampingiNya, memohon daripadaNya, merintih dan menangis di hadapan kebesaranNya. Insan telah mencuba pelbagai perkara dalam kehidupan, tetapi mereka tetap gagal menemui sakinah, kebahagian dan ketenangan yang hakiki selagi mereka tidak kembali menyerah jiwa raga, ruh dan jasad tunduk dalam sedu dan syahdu mengingati dan bertawakkal kepada Allah.
Manusia mungkin boleh menawarkan harta, wanita dan kuasa, namun belum tentu bersamanya bahagia. Justeru, seorang yang tinggal dalam rumah yang indah dan mewah, belum tentu lebih bahagia dan tenteram jiwa dari seorang yang tinggal di rumah yang usang dan buruk. Seorang wanita yang bersuami orang kaya belum tentu lebih bahagia dari seorang wanita yang bersuami lelaki biasa. Seorang yang beristeri cantik, belum tentu lebih bahagia dari yang beristeri tidak seberapa. Bahkan yang dihidangkan makanan lazat, belum tentu dapat menikmatinya melebihi seorang yang hanya dihidang makanan kebanyakan. Maka, jangan hairan jika negara-negara maju dan kaya seperti Perancis, Germany, Jepun, Austria peratusan rakyat mereka yang membunuh diri tinggi. Kebahagiaan bukan soal harta, tetapi soal jiwa insani yang kahausan kasih dan cinta ilahi.
Al-Quran dan al-Sunnah membimbing insan dalam mencari kebahagian yang hakiki ini. Allah menyebut: (maksudnya)
“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada satu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa (penyakit-penyakit) yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Surah Yunus, 57).
Nabi s.a.w pula menyebut:
“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sakinah
Mengetahui agama belum tentu menjadikan seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Betapa banyak insan yang memakai pelbagai gelaran agama, namun mereka gagal mendampingkan diri kepada Allah. Maka, untuk mencari kebahagian dan sakinah, insan bukan sekadar berilmu, tetapi hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, menyerah dan bergantung kepadaNya. Apabila jiwa bersih dari sebarang unsur syirik, apabila ditanggalkan dari nurani ini kebesaran dan pergantungan kepada makhluk, ditempatkan hakikat tawakal kepada Allah, apabila insan sentiasa berdoa; rintihan, harapan, rayuan, esakan dan tangisan kepada Allah, dilontar jauh segala perharapan jiwa kepada selainNya, maka insan akan menemui hakikat kenikmatan hidup.

Apabila zahir dalam kehidupannya apa yang dia sering kita ungkapkan dalam Surah al-Fatihah:“Hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan”, maka zahir keyakinan hidup dan kenikmatan yang tiada bertebing bagi sebuah diari yang singkat ini. Moga kenikmatan yang lebih besar di akhirat menanti. Apabila zahir hakikat ini dalam hidup, lahirlah kehidupan yang berprinsip, dibukakan laluan kehidupan dan sentiasa dibimbing dalam menuju garis penamat riwayat dunia ini. Lahirlah insan soleh yang kakinya memijak bumi, jiwanya bergantung pada Allah. Lahirlah insan soleh yang siangnya bagaikan perwira yang tangkas, namun dalam kesunyian malam dia adalah hamba yang kusyuk dan penuh sendu dan tangis merintih dan merayu kepada Allah Yang Esa.
Apabila sakinah itu Allah berikan dalam kehidupan seseorang, segala rintangan amat kecil kerana dia sedang bersandar kepada yang Maha Agung dan Maha Besar. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim:
“Sakinah: ketenteraman dan ketenangan hati nurani. Asalnya dalam hati nurani dan zahir kesannya pada anggota” ( Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Tibb al-Qulub 237. Damsyik: Dar al-Qalam).
Demikian sakinah itu hadir dalam jiwa Nabi Ibrahim a.s. ketika dia dilontarkan ke dalam api, hadir dalam jiwa Nabi Musa a.s. ketika dia dikepung oleh Firaun. Demikian kepada sekelian para nabi, terutama nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah (maksudnya):
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (Abu Bakar) semasa mereka berlindung dalam sebuah gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan sakinah ke atasnya (Nabi s.a.w) dan menguatkannya dengan bantuan tentera yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (hina), dan kalimah Allah (Islam) itulah yang tertinggikerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Taubah, 40).
Demikian sakinah diturunkan ke dalam hati nurani mereka yang beriman dalam kalangan sahabah Nabi s.a.w yang berjuang pada jalan Allah dan menghadapi cabaran. Firman Allah: (maksudnya)
“Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Fath, 4).
Apabila sakinah itu turun ke dalam jiwa mukmin, tindakan dan bicara mereka melambangkan tindakan dan bicara insan yang berprinsip dan matang. Berbeza dengan musuh atau pihak yang tiada sakinah dalam bicara dan tindakan mereka. Allah menyebut hal ini: (maksudnya)
“Ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam jantung hati mereka -perasaan sombong angkuh secara jahiliyah-, lalu Allah menurunkan sakinah kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada “kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah itu Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Fath, 26).
Itulah sakinah yang telah Allah turunkan kepada para nabi a.s. dan kepada golongan mukminan yang berjuang mendapatkan redha Allah.
Maka, dalam menelusuri hidup yang mencabar, di zaman yang penuh fitnah ini, tiada yang dapat mententeramkan jiwa kecuali bila Allah menurunkan kebahagiaan dari sisiNya kepada kita. Kata Ibn al-Qayyim dalam Tibb al-Qulub sebab yang membawa seorang kepada sakinah ialah perasaan perdampingan (muraqabah) dengan Allah seakan dia melihat Allah. Apabila perasaan itu bertambah, maka bertambahlah rasa cinta, tunduk, kusyuk, takut dan harap kepadaNya.
Kita mungkin tidak dapat menyelak cabaran dan ujian dalam hidup. Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan, namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagian dalam jiwa kita kerana sakinah adalah kurniaan Allah yang diturunkan dalam jiwa mukmin. Kita mungkin tidak dapat bersaingan dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatannya, tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah jika memohon dan mencarinya di sisi Allah.
Thursday, 17 October 2013
Hati
Tiada
niat ku lakukan ini semua
Tetapi hati kosong tiada rasa
Ku percaya kau ramai teman diluar sana
Terkadang kau seolah jauhkan diri
Mengapa?
Ingin ku mulakan semula perkenalan
Bukan ini yang diinginkan
Sebuah persahabatan musnah barai begitu saja
Tanpa sepatah kata
Tetapi hati kosong tiada rasa
Ku percaya kau ramai teman diluar sana
Terkadang kau seolah jauhkan diri
Mengapa?
Ingin ku mulakan semula perkenalan
Bukan ini yang diinginkan
Sebuah persahabatan musnah barai begitu saja
Tanpa sepatah kata
·
TUHAN,
berikanlah ku petunjuk
Adakah ini
yang terbaik
Thursday, 10 October 2013
10 / 10 / 2013
CINTA INSANI
Assalamualaikum
Hi, I’m
back :D
Lama aku
‘’lari’’ dari laman hati
Sungguh
terasa jari-jemari keras untuk menaip berkongsi cerita
Terasa minda
dibeku sementara
Untuk sekian
kalinya , kisah cinta menjadi pilihan utama
Kisah yang
selalu meniti dibibir insan yang bergelar ’’anak
muda’’
cerita
yang pernah insani lalui
pastinya
setiap insan idamkan hidup yang sempurna untuk memiliki pasangan yang serasi
manusia
sering terlupa untuk bersyukur
nikmat
rasa yang Allah telah pinjamkan kepada kita
*takut-takut
tak bersyukur Allah tarik nikmat yang telah diberi
Sometimes
Allah hadirkan dia dengan kekurangan untuk kita sama-sama perbaiki dengan
kelebihan yang ada dan sebaliknya
Cinta sebenar
akan menjadikan seseorang itu kuat untuk melaksanakan perintah Allah bukan
sebaliknya
Malah,cinta
sebenar akan memberi sinar baru untuk seseorang dalam hidupnya
Sesungguhnya
cinta yang dicari akan hadir untuk sementara
Biarlah
rasa itu menjalar dalam tubuh ini dan menjadi rahsia kotak hati
Hadirnya
tanpa ku sedari
Tapi ku
tak pasti rencana Ilahi
Tidak sekali
dinodai nafsu
Akan ku
batasi dengan syariatMu
Kerana ku
yakin dengan jodoh Ya Rabbi
Ku jadikan
doa sebagai pengikat hati
Antara kau
dan aku
Ya Allah
moga
dijaga hati ini biar tidak terlalu suka kerana tak mahu kelak terasa kecewa dan
peliharalah dia untuk aku
Ya Allah
Jika benar
dia untuk ku
Dekatkanlah
hatiku dengan ketentuan Mu
Amin
*Allah
tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA
Friday, 16 August 2013
syawal
Ceghita balik kampung
Assalamualaikum
Salam syawal
semua,kikiki
post pasal family aku pulak . hekhekhek
dah habis meraya sooooo
baru ada rasa nak post gambar gambar time raya
ni semua gambar time balik kampung
hihi, tak jauh mana pun kampung.sungai layar jerrrrr
so, raya tahun ni macam mana ?
seronok ke tidokk?
hahaha raya yang hambar
ku isi hari hari raya ku bersama tv tercintoooooo
*tak pi meraya mano pung .
tsk tsk tsk ):
baru ada rasa nak post gambar gambar time raya
ni semua gambar time balik kampung
hihi, tak jauh mana pun kampung.
so, raya tahun ni macam mana ?
seronok ke tidokk?
hahaha raya yang hambar
ku isi hari hari raya ku bersama tv tercintoooooo
*tak pi meraya mano pung .
tsk tsk tsk ):
nasyat merajuk *budak demam
teh , ain (anak arwah paksu) , a'a , dekyah , ayah , nasyat (meqap) , ibu dan budak comel (aku) kahkahkah OVERRRR
buah hati jantung tak lari . *aku punya !!!!!!
siapa kacau gua kick ! hahaha
sembang.....................
manis tak kaktonnnnn .hahaha
mengapakah aku kelihatan gemuk seperti ini
ini semua salah BAJU !
HAHAHA aku (kuruih) okayyyy
pui pui :P
adik kakak
teh macam adik adik ja .
budak tenek sekolah rendah . hohohoho
gwiyomi lah sangat . *aku tak reti natang pa nak buat , teh la ni gwiyomi gwiyomi
hahaha
nampak tak dekat situ kasut pinjam? hahaha kasut aku lupa wak lik
dih dih dih );
orang titanic depa pun nak jugak titanic . kahkahkah
hahaha, berlari anak ku
dapatkan tok tersayang
kesian tok kena kepong
hahaha
kami sayanggggg ayah
lebiu muah kanan muah kiri
kikiki
Thursday, 8 August 2013
1 syawal 1434H
Ini ceghita
kami
- Assalamualaikum dan salam aidilfitri
- Hi uolls,
- Acena raya tahun ni, best tak?
- Raya aku tahun ni hambar doh.takda yang best sangat
- Soooooooooo boring *HAHAHA
- Nak snap gambar pun tak semangat
- Tapi dalam tak semangat tu senyum melebaq jugak , kikiki
- Dalam hidup aku tak pernah hari raya aku tidoq
- Tahun ni boleh tidoq . haha
- Dah tak pi mana nak buat apa lagi ,tidoq aaa ~
- Kalau tak muka aku ni la hat susah sangat nak nampak kalau hari raya
- Maklumlah raya setahun sekali, mesti la sakan . huhu
- Tahun ni tak ambik pun gambar satu family . sbb apa?
- Sebab nya ayah takda , adik takda *pi meraya
- Pastu tak sempat ,bila malam aku lak kiak . *awai nak mampoih
- Dan la ambik gambar dengan sedara
- Ceq pi meraya pinang tunggal *tiap tiap tahun aku pi .HAHA
haa, jangan tengok badan gemuk (hat macam besaq gajah) ni tak dapat duit raya nah, dapat banyak lagi pada hat kecik nuh. hahaha
ni baru sikit ja, malaih nak angkat hat banyak banyak ,malu ~ *satg ada orang kata aku pinjam hat budak budak lak .hahaha *over minah ni
Allah , ni kes angin la ni tudung jadi macam tu , takpa takpa cun lagi .hahaha LOL
neeediaa, baju kami sama.saha pakai baju ni tak pakai jubah sbb nak bagi sama dengan ibu winkwink ko ado? ni ibu aku ,kikiki sama tak muka? tak kan kan kan aku muka muda sikit. KAHKAHKAH gila ! sah sah muka aku muda. ngok ! ayah mana? hm, ni yang sidih ni ayah takda ): *pi meraya sakan
Lailahaillah, hat satu lagi kenapa muka lagutu? aku main main ja teh pi snap .hahaha *buat malu anak beranak . dekyah koi lawa lani, aku dah jatuh saham . HAHAHA ish tak leh blah tgk muka aku , meluat meluat . skip !
ha ni masuk family sebelah ibu dahh, keluarga makcik and uncle black .
paklong and maklong
paksu and maksu
paksu ni la kawan aku masa kecik kecik dulu,
yang selalu main dengan aku,*pondok pondok. wahh best !
damia dah sombong dengan aku, dia dapat kawan ramai ~
haaa, ni SUPER MODEL ! takyah suruh dia tau nak posing cena hakhak
ni beraya kat pinang tunggal . kikiki
jejaka jambu ~ haha
ni bopren aku
Tak best
sangat kan hmm
Gambar ayah
takda pun .
Tahun ni
tema caca merba lak tu
Design seakan
sama warna tak sama
Takda sapa
nak kelola,semua pakat busy
Tak ready
awai awai
ni sebelah ibu ,huuuu
ibu bersama tok dan tok . haha
ni kakak comel bersama ibu dekyah dan nasyat iet otttt .
haa,keh keh salam maklang keh . duit raya duit raya ~
nak edit hat ni ja pun . haha
*tak lambat lagi an nak wish
*tak lambat lagi an nak wish
okay
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN (:
IKHLAS DARI SAYA
NABILAH SARIZUN a.k.a KATAK PINK
Subscribe to:
Comments (Atom)





























