Sunday, 16 March 2014

Ku Jemput Jodoh Ku'

apabila cinta mempertemukan jiwa di alam ketinggian
perpisahan di alam dunia adalah seksaan jiwa untuk para pencinta
apabila mata tidak saling memandang
jiwa ini dan jiwa itu pasti terseksa rindu

kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati
sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan 
tidak dapat dirasakan
gunung yang tinggi menjulang terasa rendah
langit yang luas terbentang terasa sempit
apa yang ada hanya bayangan wajahnya

aku sudah dewasa
aku pasti mampu menerimanya
aku yakin aku mampu menghadapinya
sepahit mana pun aku telan
akan ku jadikan penawar yang menyembuhkan

tidakkah di dunia ini, ada orang yang lebih menderita daripada pencinta
walaupun cinta itu manis rasanya
kamu melihat dia selalu menangis pada setiap keadaan
kerana takut berpisah ataupun kerana rindu
dia menangis sekiranya mereka jauh
kerana didera kerinduan
dia menangis pula semasa berdekatan
kerana dia takutkan perpisahan
air matanya mengalir saat bertemu 
air matanya mengalir saat berpisah


*fi hifzillah 



No comments:

Post a Comment