Thursday, 10 October 2013

10 / 10 / 2013

CINTA  INSANI
Assalamualaikum
Hi, I’m back :D
Lama aku ‘’lari’’ dari laman hati
Sungguh terasa jari-jemari keras untuk menaip berkongsi cerita
Terasa minda dibeku sementara
Untuk sekian kalinya , kisah cinta menjadi pilihan utama
Kisah yang selalu meniti dibibir insan yang bergelar ’’anak muda’’
cerita yang pernah insani lalui
pastinya setiap insan idamkan hidup yang sempurna untuk memiliki pasangan yang serasi
manusia sering terlupa untuk bersyukur
nikmat rasa yang Allah telah pinjamkan kepada kita
*takut-takut tak bersyukur Allah tarik nikmat yang telah diberi
Sometimes Allah hadirkan dia dengan kekurangan untuk kita sama-sama perbaiki dengan kelebihan yang ada dan sebaliknya
Cinta sebenar akan menjadikan seseorang itu kuat untuk melaksanakan perintah Allah bukan sebaliknya
Malah,cinta sebenar akan memberi sinar baru untuk seseorang dalam hidupnya
Sesungguhnya cinta yang dicari akan hadir untuk sementara
Biarlah rasa itu menjalar dalam tubuh ini dan menjadi rahsia kotak hati
Hadirnya tanpa ku sedari
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatMu
Kerana ku yakin dengan jodoh Ya Rabbi
Ku jadikan doa sebagai pengikat hati
Antara kau dan aku
Ya Allah
moga dijaga hati ini biar tidak terlalu suka kerana tak mahu kelak terasa kecewa dan peliharalah dia untuk aku
Ya Allah
Jika benar dia untuk ku
Dekatkanlah hatiku dengan ketentuan Mu
Amin
*Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA






No comments:

Post a Comment