Monday, 8 April 2013

Assalamualaikum, mari kongsi ilmu (:

CARA ELAK DARIPADA PENDENGKI

*membaca doa perlindungan dan zikir
''katakanlah (wahai Muhammad) : aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk. daripada bencana makhluk yang ia ciptakan. dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. dan daripada kejahatan makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan . dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.''
(surah al-Falaq, ayat 1-5)

*menyembunyikan rahsianya terhadap orang yang mendengkikannya
''dan ia berkata lagi : wahai anak-anakku ! janganlah kamu masuk dari sebuah pintu sahaja,tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan....''
(surah Yusuf,ayat 67)

*jangan mendekati orang yang mendengkikannya 
''dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku,maka putuslah hubungan denganku.''
(surah ad-Dukhaan,ayat 21)

*berbuat baik kepadanya untuk menolak lemungkinan kejahatan yang datang daripadanya
''dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan jahat. tolaklah kejahatan dengan cara yang baik,apabila tiba-tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan,seolah-olah dia seorang sahabat karib.''
(surah Fussilat,ayat 34)

No comments:

Post a Comment