Monday, 3 June 2013

PERJUANGAN ISLAM

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua tetamu blog ini. Ruangan mutiara kata ini saya khaskan untuk sahabat-sahabat berkongsi kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca yang lain. Tak kiralah sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, semua boleh. Mudah-mudahan kata-kata hikmah ini dapat dijadikan nasihat, pedoman atau pembakar semangat kepada kita. Insyaallah.. :) Dan sila ziarah lagi blog ini di lain masa.

3279033346_2203077dc6
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Sunday, 2 June 2013

PERJUANGAN BERMULA ~

Assalamualaikum
hi semua ! lama nya nabila tak update blog kan 
sorry morry la, haritu busy nak masuk U
dah masuk U cara lain pulak, busy oqentasi lepas busy oqentasi busy dengan assignment TERCINTA pulak.  haha hidup sekarang dah berbeza dengan dahulu bak lagu ''aku dahulu bukanlah yang sekarang'' nyanyian *tak ingat nama budak tu . hahaha tajuk pun main hentam :P
hmm, btw nabila ado gambo time oqentasi. hahaha
jom layan dulu sebelum kita mula potpet potpet dengan lebih terperinci :D


okay ni pic kami time tunggu nak ambik gambar . *macam gambar kenangan la untuk setiap group. btw,gambar tu aku lupa snap :D hihi takdak rezeki hampa semua la nak tengok HERO dalam group aku. tapi takpa kami HEROIN masih ada . :) kikiki okay okay nak perkenalkan diri masing masing. yang hujung sebelah kiri tu classmate aku nama diberi syarifah sofea bla bla bla *nama panjang aku tak ingat . hihi pia jangan marah noo. yang sebelah dia meera ! kami budak IT ,tapi tak celik IT jugak. hahaha haa ! yang depan ni aku lah. cun kan :P *okay perasan .tukar topik tukar topik :D belakang aku tu nama nya wan farhana *eh betui ka nama . errr hentam p la. dia sorang ja budak CS (sains komputer) tapi apa pun kami tetap satu kolej jugak, p mai p mai jumpa jugak ,hahaha . best dapat join group ni . semua malu malu macam aku :P *wekwekwek


okay ni pulak gambar poyo aku ! hahaha poyo je kan minah ni. *tah apa apa ja
ce zoom pic aku dalam kad tu. hahaha bulat doo !


hahaha ni la meera ! *nama penuh lupa :D dia ni budak johor . mai daqi muar . sebok je dia nak balik muar nak balik muar. hahahaha lawak kot . *dekat beg dia kan siap tulis lagi . muar tetap di hati . hahaha


ni dalam dewan, orang dok taklimat kami snap gambar . *eh peduli apa kami dengan taklimat tu. hahaha mengantuk kot. sembang sequpa kami paham sama ! :p

mesti dok tanya tanya mana p gambaq lagi dua orang tu kan. hmm, takdak pun gambar dengan depa ni. biasa la dok malu malu lagi. minggu OQENTASI la kata kan . :D
eh macam tak tau la nak create apa. hihi
okay dok cerita orentasi bagai. U mana pun taktau kan. hahaha
aku ditakdirkan bertemu mereka semua ni dekat UNITEN putrajaya dan diberi amanah untuk belajar dalam jurusan asasi teknologi maklumat . (:
aku ditempatkan di asrama yang telah disediakan oleh pihak universiti *ayat macam buat karangan (cerita) woooo hahahaha
btw, hantu banyak. hahahaha (jangan percaya sangat cakap budak penakut ni)
eh tapi series talk la
memang ada pun dok mengusik kat sini.
jangan dok layang sangat la. dengar tu buat bodo dah la. yang penting solat jangan tinggai ! *zikir selalu . baca quran tuu . *haa ! tudia pesan pak jun aku wak masuk dah. hahahaha
pak jun tu ayah aku. *satg garu pala dok tanya pak jun sapa pulak ^,^
ni tak masuk lagi pesan ibu
lagi panjang . sampai esok tak habis baca woo.
apa pun best la belajar kat sini . so far alhamdulillah kawan kawan semua baguih baguih . takdak hat meqapu sangat. *nakai macam aku ada la. :P
haa ! aku tak perkenai lagi no roommate aku.
hmm, nanti nanti aku perkenai noo. insyaAllah :)

*okay sekian dari saya nabilah sarizun . >,<
kepada kawan kawan yang sambung belajar tu. goodluck and jaga diri masing masing .
kawan kawan yang tak sambung lagi tu, insyaAllah rezeki tak mai lagi. jangan takut tawan tawan . rezeki ada dimana mana saja . hanya bersabar dan banyak kan berdoa kepada SANG PENCIPTA YANG MAHA ESA  . :D
waallahua'lam

Sunday, 12 May 2013

DIMANAKAH IBU KITA ~

Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan
yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak
Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di
mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan
hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari
sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka
di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat
nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah
apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua
anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .


Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak
kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana
sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari
jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum
berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak,
Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta
anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak
Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan
seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir
Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak
tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak
Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik
anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun
apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna
merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak
yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung
mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak
melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit
lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung
dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda
tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk
bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat
berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh
koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak
bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana
masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat
keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak
makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih
mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap
begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah
Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak
rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.


Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak
jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata
semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak
yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit
kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak
akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang
menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput
Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak
ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita
mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan
masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau
kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat
bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat
Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan
Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak
yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa
Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak
pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu
ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak
Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah
itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan
jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap
waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati
anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di
tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu
bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana
mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah
pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah
hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan
Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi
namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke
akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua
dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan
dari ibu tanpa berjawab?

SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN BERSAMA , INSYAALLAH ~




Tanda-tanda jodoh , insyAllah .
perkahwinan itu untuk menenangkan hati bukan merosakkan .

Saturday, 11 May 2013

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA YANG KAUM HAWA (:

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)

Thursday, 9 May 2013

DOA WAKTU PAGI ~

BismillaahiRRahmaaniRRahiim 

Sahabatku, Aamiin-kan do'a ini

Asbahna wa ashbahal mulku lillahi walhamdulillahi la ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli sya'in qadir. Rabbi as'aluka khaira ma fi hadzal yaumi wa khaira ma ba dahu wa a'udzubika min syarri ma fi hadzal yaumi wa syarri ma ba'dah. Allahumma inni a'audzubika minal kasali wa su'il kibari wa'adzabi qabr

Artinya: Kami dan seluruh kerajaan memasuki waktu pagi hanya karena ALLAH. Segala puji bagi ALLAH.Tida sesembahan yang berhak disembah melainkan ALLAH semata,tiada sekutu bagi-NYA, semua kerajaan hanya milik-NYA dan segala pujian hanya untuk-NYA.

Ya ALLAH, aku memohon kebaikan yang ada di hari ini dan setelahnya (sebaliknya) aku mohon perlindungan dari keburukan yang ada di hari ini dan setelahnya..

Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari kemalasan, buruknya hari tua dan azab kubur..

Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

(HR.ath -Thabrani)



6 / 05 / 2013

Assalamualaikum, jom layan pic kami ~ 
last day AZEERA ~ 


peace yang tak bersedia nak jadi peace . haha



pizza hut ~ ngauumm !


pic ni lawa kan , focus tangan kami ~ lalalala
spontan 


alolo mengada nya aku , ya Allah
dok membuli muhamad snap pic kami 
MUHAMAD SAAMIN ! haha



tengok lah mereka . sama warna . saya terpinggir ~ );
walaupun terpinggir , saya tahu saya tetap dihati. kan kan kan  :D
kikiki








ya Allah apa budak kat belakang tu buat ~ khusyuk beno . hahaha





semoga persahabatan ni till jannah . wallahua'lam (:

THE END ~

Wednesday, 8 May 2013

MUHAMAD !

Assalamualaikum
hi ! :D hehe update blog nak cerita pasal ''MUHAMAD''
budak arab yang kerja kat giant tu haa


haa ! ni la MUHAMAD ~ *buat sweet ! hahaha

kemarin dia last dah kerja kat giant sungai petani . kena transfer g taiping
haa ! sebut pasal taiping kan ,teringat pulak dia sebut taiping . haha
gini dia sebut ''saya kena tukar Bergi taiBing ''
hahahahhahhahahhahhahahhahahha
aku yang blur plus muka ala comel comel ni ligat memerah otak dimanakah TAIBING , tak pernah dengar pun . wah !muhamad expert baq hang ! aku yang dilahirkan di Malaysia pun taktau TAIBING tang mana. kahkahkahkah ~
muhamad ni cikgu bahasa arab aku tau
nak tengok tulisan dia time kira stok ? haa meh meh ! aku tunjuk
dia belajar tulis nama dia tau . tulis dalam rumi ~


tulisan dia dah macam budak budak tadika kan
but okay la cemni . baru belajar ~




haa ni satu lagi tulisan arab dia sequpa matematik dah wey ! hahahaha
unik betui tulisan budak nih ~


last day dengan dia, kitorang jenjalan dalam giant . *teman dia beli roti ~
main spray perfume dekat baju .
hahaha aku dah tau rahsia muhamad wangi setiap hari
ni lah kerja part time dia

akhir kata (eh eh macam surat cinta pulak ) muhamad good luck ! jangan lupa kawan kawan kat giant ni haa  *macam muhamad tau baca ja apa yang aku taip ni . ;P
MUHAMAD SAAMIN ! haha

SANTAPAN MATA ~

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA ~

WAHAI INSAN YANG MABUK CINTA
SIASATLAH BENANG YANG MENYULAM KASIHMU
APAKAH IA SEBUAH TAKWA
ATAU CINTA BUTA YANG TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

Disini ku berjanji disaksi rembulan
andainya ku pergi dulu
jikalau ku pergi dulu
ku nantimu di pintu syurga

pasangan yang hangat bercinta 
mereka mencari syurga mencari bahagia
dan kepuasan santapan jiwa
biar runtuh awan di langit
biar gegar di lantai bumi
lautan api sanggup direnangi
itulah kuasa cinta
pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta
yang menanjikan bahagia
tiada insan yang sengaja mencari derita
seperti ikan mencari air
si dahaga mendamba seteguk minum
mata mengantuk mencari bantal
demikianlah setiap insan menggerumuni cinta
demi sesuatu yang menjanjikan bahagia

 








Monday, 6 May 2013

BERGURAU DENGAN POKOK SEMALU ~

POKOK SEMALU INI POKOK PEREMPUAN 
ORANG PEREMPUAN YANG PAKAI TUDUNG 
DAN ADA SIFAT MALU
TIDAK MEMBENARKAN DIRINYA DISENTUH .


Itulah pokok semalu yang sepatutnya bagus dimanfaatkan oleh kaum perempuan dan mesti diteladani sifatnya.
pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh 
ia akan mengucup menjaga keselamatan dan penghormatan dirinya
malah apabila menjelang senja 
pokok semalu akan mengucup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam
balik ke rumah serta pelihara aurat dan diri

''sesungguhnya antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian nabi ialah , jika kamu tiada rasa malu , 
buatlah apa sahaja yang engkau mahu ! ''  ( Riwayat al-Bukhari )

MURABBI CINTA ~

terimalah naskhah cintaku ini buat '' si dia '' yang tidak pernah jemu berkongsi cinta
terimalah naskhah cintaku ini buat '' si dia '' yang tidak jernih menceriakan cinta 
terimalah naskhah cintaku ni buat bonda yang memanusiakan aku dengan cinta
terimalah naskhah cintaku ini buat keluarga,sanak saudara,teman taulan yang berkeluarga dengan cinta.
terimalah naskhah cintaku ini buat sekalian yang menyapa hidupku di blog , buku @ muka buku , pertemuan antara mata dan perbualan berkongsi rasa , yang sentiasa mendekati NYA 
berkenderaankan cinta .
terimalah naskhah cintaku ini ya Allah
dalam kehambaanku mendambakan cinta Mu

Saturday, 4 May 2013

INI KALILAH !

Assalamualaikum 
bismillahirahmanirahim ~
hi ! hiew hiew
cena aktiviti korang semalam ?
best wey ~ 
1st time aku dapat merasa pengalaman malam ''PRU''
memang aku bawah umur pun dan masih kuno tentang politik
tapi semangat demi negara tu ada dalam diri 
tak pilih memana parti tetapi sekadar ingin kongsi rasa bagaimana suasana pabila ''PRU'' menjelang tiba
bermacam ragam ada
paling best boleh main hon ! hahaha
sampai aku sua kepala atas bumbung kereta la ceritanya wey ! punya best
suasana menyambut ''PRU'' lagi meriah dari suasana menyambut hari raya aidilfitri bla bla bla ~
haruslah meriah kan 
nama pun RAYA ~
5 tahun sekali pulak tu
INI KALILAH !
TAKBIR !
ALLAHUAKBAR !

Friday, 3 May 2013

BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Biar manusia Mencela, Biar manusia Menghina, Biar manusia Memfitnah..

Biar manusia Berpikiran Negatif..
Biar manusia Menganggap Salah..
Biar manusia Berprasangka buruk..

Tetapi selagi ALLAH Ada di sisi, selagi ALLAH Memelihara diri kita..

Selama ALLAH Melindungi dan Menjaga diri kita..

Selama itulah tiada insan yang dapat Menyakiti dan Mendzhalimi diri kita..

Keyakinan kepada ALLAH menguatkan hati..

Seringkali manusia itu Mengecewakan..

Tetapi ALLAH tidak pernah dan tidak akan mengecewakan hamba2 NYA..

Alhamdulillah, Terima kasih YA ALLAH..

Thursday, 2 May 2013

MENINGGAL PADA HARI JUMAAT

Siksa dan nikmat kubur adalah hal-hal sam`iyyat yang hanya diketahui dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda sebagaiman diriwayatkan oleh Muslim dengan sanad dari Anas bin Malik, beliau bersabdah,

“sesungguhnya ketika seorang hamba dimasukkan ke kuburnya dan teman-temannya meninggalkannya, dia mendengar bunyi sandal mereka. Maka akan datang kepadanya dua orang malaikat yang duduk dan berkata kepadanya, ‘bagaimana pendapatmu dengan orang ini’
Rasulullah melanjutkan sabdanya,

“Jika dia seorang mu`min maka dia akan berkata, ‘Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul Allah’, maka padanya akan dikatakan, ‘Lihatlah tempatmu di api neraka, Allah telah menggantinya dengan tempat di surga’ dan orang mati yang mu`min tersebut akan dapat melihat kedua tempat (yaitu surga dan neraka) tersebut.” (HR. Muslim)

Kita harus membedakan antara pertanyaan di dalam kubur, siksa kubur dengan nikmat kubur. Pertanyaan di dalam kubur bersifat umum bagi semua orang yang mukallaf untuk kemudian dia disiksa atau diberi nikmat dengan meletakkan yang bersangkutan di taman surga (raudah al-Jannah) atau di lubang neraka (hufrah an-nar)

Ada beberapa hal yang dapat meringankan siksa kubur, semisal menghafal surat al-Mulk dan membiasakan diri untuk membacanya, sebagaimana yang dinyatakan di dalam atsar tentang orang yang meninggal pada hari Jumat. Seperti hadis dari Rabi`ah bin Saif dari Abdulah bin `Amr, dia berkata bahwa Rasulullah pernah bersabda,

“Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari jumat atau pada malam jumat, kecuali Allah akan melindunginya dari fitnah kubur. ” (HR.Tirmidzi)

Bagaimanapun, hari jumat, bulan-bulan haram, dan bulan ramadhan, semuanya tetap memiliki keutamaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-quran dan hadis.

Bisa jadi, seseorang yang meninggal akan merasakan keutamaan tersebut, meskipun inti apa yang akan dialaminya tetaplah sesuai dengan amal saleh yang diperbuat olehnya, karena manusia berada di bawah naungan amalannya setelah dia mati. Allah swt berfirman,

“Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberikan pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)” (QS Al-An`am:160)

jodoh .

Cuma orang-orang BODOH yang menganggap pacaran itu sebagai penjajakan sebelum pernikahan.

Kalau memang cinta buktikan dengan perbuatan, datangi kedua orang tuanya dan minta restu untuk menikahinya, jangan beraninya bilang CINTA tapi tanpa membuktikan dengan tindakan..

Berani bilang CINTA, harus berani menikahi, jangan jadi lelaki PENGECUT bin CEMEN alias PECUNDANG yang bisanya cuma mengajak berpacaran..

Only ignorant people who consider courting it as exploitation before the wedding.

If it's love prove with deeds, to visit her parents and ask for approval to marry her, don't dare say love but without proving to the action.

Dare say love, must dare to marry, do not so COWARDLY man bin CEMEN aka losers who usually only invite dating.